Latar tempat: Floyer house
Latar masa: 6 hari sebelum Finals; sudah 2 tahun tidak menulis karangan dalam BM

ku tidak peduli sudah, Aaron! Mengapakah aku harus terus mengulangkaji pelajaran?!?!? Aku sudah tahu semua fakta yang perlu diketahui! Mengapakah tidak saja kita berseronok sehinggalah waktu peperiksaan menjelang tiba? Lagipun, tidak ada gunanya engkau harus dicengkam terseksa dalam memaksa diri engkau untuk terus belajar! Kau kena akur Aaron! Kau tidak lagi boleh menyerap sebarang ilmu lagi sekarang. Otak kau sudah sudah tepu!

h, aku tidak peduli itu semua, Aaron! Sekurang-kurangnya, apabila aku membuka nota-nota aku ada sekarang aku masih lagi berkesempatan menduga kelemahan-kelemahan aku agar dapat membariskan wasilah untuk mengatasinya!

ambut aku sudah panjang, Aaron! Berapa lagikah harus aku bertahan sebelum kita boleh mendapatkan khidmat potong rambut? Kita haruslah berkelihatan kemas di hadapan pesakit minggu hadapan. Tambahan pula, pada musim panas ini, tentulah kau tidak akan berasa selasa. Aku khuatir kau tidak dapat menumpukan perhatian semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti. Jadi, marilah, berikan masa untuk awak berehat.


Soalan:
- Bincangkan tema dan persoalan-persoalan dalam monolog ini.
- Pada pendapat anda, wajarkah pengarang menggunakan teknik 'split personality' dalam menyampaikan nilai dan pengajaran yang cuba diketengahkan?
- Patutkah beliau membuang masanya dalam menghasilkan warkah picisan sebegini sebegini walaupun peperiksaan semakin tiba? Ulaskan.
pernyataan: cerita ni sememangnya disengajakan dikaitkan dengan semua insiden hidup seorang manusia yang bernama Aaron. Segala kesalahan tatabahasa memang disengajakan (sebab BM aku memang sudah hancur) Sekian, majulah sukan untuk negara.
3 comments:
mooo moo
(silelah tafsirkan sendiri)
aaron bm anda masih lagi hebat, bm aku lagi hancur..tambah tu sabahan slang sia, nah lagi hancur mancur bm sia..lupa suda sia bm baku hehe
Weh, bengong ke hape?!
Tensi ek? =P
-Dina yg buhsan-
Post a Comment