Tuesday, June 19, 2007

This seems to be more interesting than revising

DwiMonolog dalaman
Latar tempat: Floyer house
Latar masa: 6 hari sebelum Finals; sudah 2 tahun tidak menulis karangan dalam BM


ku tidak peduli sudah, Aaron! Mengapakah aku harus terus mengulangkaji pelajaran?!?!? Aku sudah tahu semua fakta yang perlu diketahui! Mengapakah tidak saja kita berseronok sehinggalah waktu peperiksaan menjelang tiba? Lagipun, tidak ada gunanya engkau harus dicengkam terseksa dalam memaksa diri engkau untuk terus belajar! Kau kena akur Aaron! Kau tidak lagi boleh menyerap sebarang ilmu lagi sekarang. Otak kau sudah sudah tepu!







h, aku tidak peduli itu semua, Aaron! Sekurang-kurangnya, apabila aku membuka nota-nota aku ada sekarang aku masih lagi berkesempatan menduga kelemahan-kelemahan aku agar dapat membariskan wasilah untuk mengatasinya!









ambut aku sudah panjang, Aaron! Berapa lagikah harus aku bertahan sebelum kita boleh mendapatkan khidmat potong rambut? Kita haruslah berkelihatan kemas di hadapan pesakit minggu hadapan. Tambahan pula, pada musim panas ini, tentulah kau tidak akan berasa selasa. Aku khuatir kau tidak dapat menumpukan perhatian semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti. Jadi, marilah, berikan masa untuk awak berehat.




h ya, cadangan yang bernas, Aaron. Tapi kita tidak ada duitlah. JPA belum memasukkan duit lagi ke dalam akaun bank kita. Kalau kau hendak juga memotong rambut kau minggu ini juga, nampaknya kita akan menjadi lebih miskinlah. Pengemberaan kau ke Kenya bulan Ogos nanti sudah berjumlah sekurang-kurangnya £1000. Banyak duit tu, Aaron. Kalau aku kaulah, aku boleh balik Malaysia, tau! Kau tu bukannya bekerja cuti ni. Oleh yang demikian, bertambah miskinlah kau!





ampaknya kita sudah membazirkan banyak masa berperang mulut tentang hal-hal yang remeh-temeh. Jomlah belajar. Tinggal 6 hari sahaja lagi sebelum peperiksaan bermula; sedar tak sedar, pada hari pagi Jumaat depan, kita sudah akan bebas merdeka! Yahoooo!






Soalan:

  1. Bincangkan tema dan persoalan-persoalan dalam monolog ini.
  2. Pada pendapat anda, wajarkah pengarang menggunakan teknik 'split personality' dalam menyampaikan nilai dan pengajaran yang cuba diketengahkan?
  3. Patutkah beliau membuang masanya dalam menghasilkan warkah picisan sebegini sebegini walaupun peperiksaan semakin tiba? Ulaskan.


pernyataan: cerita ni sememangnya disengajakan dikaitkan dengan semua insiden hidup seorang manusia yang bernama Aaron. Segala kesalahan tatabahasa memang disengajakan (sebab BM aku memang sudah hancur) Sekian, majulah sukan untuk negara.


3 comments:

ihsan_huhu said...

mooo moo

(silelah tafsirkan sendiri)

sm said...

aaron bm anda masih lagi hebat, bm aku lagi hancur..tambah tu sabahan slang sia, nah lagi hancur mancur bm sia..lupa suda sia bm baku hehe

~d!N@~ said...

Weh, bengong ke hape?!
Tensi ek? =P

-Dina yg buhsan-